Followers

9/05/2010

masalah kelenjar air liur


da lame aku x update blog nih...

xde mase..sejak balik umh agk bz...

wat biskut raya,kemas umah...

lagi2 ngan mak aku yg sakit...

kelenjar air liur mak aku tersumbat...xtau sebab ape..last2 muke mak bengkak sebelah kiri..sangat2 besar..

n esok,mak aku akn di operate...kat hospital tawakal...skng pon aku ade kat hospital teman mak aku mlm ni..

doktor kate, operation 2 mybe akn makan mase sehari suntuk...risau sgt2...tp,aku kena kuat..kena bagi semangat kat mak..hope everything will be ok...semoga mak cpt sembuh...

kat sini aku nk bagitau cket pasal prob ngn kelenjar air liur ni...

SETIAP orang antara kita mempunyai sejumlah kelenjar air liur yang tidak terhitung banyaknya. Fungsi utama kelenjar-kelenjar tersebut adalah bagi menghasilkan dan mengeluarkan air liur yang amat penting untuk kegunaan dalam proses pemakanan, pencernaan, pertuturan, dan sebagainya.

Kelenjar-kelenjar air liur ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu kelenjar utama (major) dan kelenjar kecil (minor).

Kelenjar air liur major hanya terdiri daripada tiga iaitu kelenjar parotid, submandibular dan sublingual.

Kelenjar selain daripada ketiga-tiga ini dikenali sebagai kelenjar minor. Ia terdapat di merata-rata lokasi di sepanjang saluran pencernaan terutamanya di lelangit, farinks, lidah, bahagian dalam pipi dan bibir.

Kelenjar parotid merupakan kelenjar yang terbesar berbanding dengan dua yang lainnya (submandibular dan sublingual).

Setiap manusia normal mempunyai sepasang parotid iaitu di sebelah kiri dan kanan, setiap satunya seberat kira-kira 15 gram. Ia terletak di bahagian hadapan dan sedikit ke bawah dari telinga.

Air liur yang dihasilkan daripada kelenjar ini akan dirembeskan ke dalam rongga mulut melalui suatu saluran sepanjang kira-kira lima sentimeter.

Bukaan saluran ini terdapat di kawasan bertentangan dengan gigi geraham atas kedua, pada seseorang manusia.


Seperti mana juga organ atau struktur lain dalam badan, kelenjar parotid juga terdedah kepada beberapa bentuk keabnormalan.

Ia termasuklah keradangan (parotitis) yang boleh berpunca daripada jangkitan bakteria, virus atau kesan dehidrasi terutamanya dalam kalangan warga emas.

Jika keradangan yang berpunca daripada jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awal, ada kemungkinan nanah akan terbentuk di dalam kelenjar parotid. Apabila ia terbentuk, maka nanah itu perlu dikeluarkan.

Tidak kurang juga kes parotid yang membengkak itu merupakan kes yang berpunca daripada masalah ketumbuhan.

Namun begitu, 80 peratus daripada ketumbuhan parotid ialah ketumbuhan dari jenis bukan kanser (benign).

Bagi kes kanser parotid pula, biasanya pesakit akan datang dengan kebengkakan kelenjar ini yang semakin lama semakin membesar. Ia juga adakalanya sakit.

Kes-kes kelumpuhan saraf muka juga mungkin menunjukkan bahawa kanser tersebut telah sampai ke peringkat yang lebih teruk.

Selain daripada masalah struktur, parotid juga boleh bermasalah dari segi fungsinya. Ini termasuklah kegagalan parotid untuk menghasilkan air liur.

Biasanya, pesakit yang menjalani rawatan radioterapi untuk ketumbuhan lain berhampiran kawasan muka akan mengalami kegagalan fungsi parotid sekiranya alur radiasi itu terpaksa melalui kawasan kelenjar parotid.

Pesakit akan mengalami kekurangan air liur dan mungkin kekeringan bibir mulut dan rongga oral, serta mengalami rekahan pada tepi mulut.

Tidak kurang juga parotid yang tidak dapat mengeluarkan air liur disebabkan oleh salurannya yang tersumbat. Biasanya, ia disebabkan oleh batu kecil yang terbentuk di dalam salur tersebut.

Ada juga keadaan di mana saluran tersumbat ini disebabkan oleh fibrosis atau stricture yang terhasil daripada proses penyembuhan jangkitan waktu lampau.

Pesakit akan terasa sakit dan parotid sedikit membesar sewaktu makan. Ini kerana terdapat air liur yang dihasilkan tetapi tidak dapat dikeluarkan.


nak tau lebih lanjut pasal kelenjar air liur ni,boleh la tgk sini...

dan kpd rakan2 blogger,hope dpt doakan mak aku cpt sembuh n operation ni berjalan dgn lancar...amin~

7 comments:

LILI said...

moga emak cpt smbuh k...
jaga mak baik2 k

sekamar rindu said...

salam..

moga cepat sembuh

chuu said...

semoga mak kamu cpt sembuh~

Pencacai Alim said...

semoga cepat sembuh..amin..

Cik Sha said...

thnx..doakn mak sy ye~

Idalara said...

mudah2an operate akan berjalan dgn lancar dan berjaya..insyallah..doa bnyk2.

Unknown said...

moge mak akak cepat sembuh ye