Followers

9/08/2010

Ampang Puteri ~

5 comments:
malam ni mybe malam terakhir kat hospital tawakal...

memandangkan mak kena wat kemoterapi + radioterapi, mak kena jumpe pakar kat hospital lain...

kat hospital tawakal xde wat treatment ni...


esok,kena g Hospital Ampang Puteri...



nk kena jumpa pakar yg akan handle kes mak utk fix kn appointment...

Alhamdulillah,doctor yg rawat mak kat sini yg tolong arrange kn utk jumpe pakar kat situ..

hope everythng will b ok then...=)

9/07/2010

lymphoma

5 comments:
smlm b4 mak masuk dewan bedah, doc dtg wat check up...doc kate die suspek mak kne lymphoma...n doc terangkn prosedur operation yg die nk buat...operation 2 dibuat utk amek tisu mak kat bahagian yg bengkak...then,operation 2 akn di stop selame 45 minit hingga sejam utk anta tisu yg d ambik ke lab...once da dapat result,bru leh tentukan nk teruskan operation @ x..operation hanya akn d teruskan if result 2 tunjukkan yg tisu 2 bkn lymphoma...if lymphoma,operation akan d stop kn...

pagi2 lagi nurse da dtg bg mak mkn ubt pelali..tp mak xpening2 gk..sayu je hati aku tgk mak baring kat katil dan diam...ape yg ade dlm hati mak time 2 Allah je yg tau..sedih sgt..then,nenek dtg...bile tgk nenek,mak start nanges...time 2 aku lari ke toilet..xsanggup nk tgk mak cmtu...pastu ayah ngn adik2 sampai...tgk diorang lagi sedih..tp masing2 cuba tahan nanges dan kuatkn semangat depan mak...then pukul 9 pagi mak di bawa masuk ke dlm dewan bedah..kami kat luar,tunggu mak..aku ngan adik yg kedua pegi baca yasin n solat hajat..then pukul 12.30 doc keluar dr OT..doc kate kat ayah yg mak mmg kena lymphoma..lymphoma ni sejenis kanser terawal..Subhanallah...besarnye ujian Allah kali ni...tp doc kate xperlu risau cz lymphoma ni antara kanser yg boleh dirawat dgn kemoterapi...mase ni nmpak sgt muke ayah yg sgt2 tertekan...kesian ayah...sabar ye ayah~

bile mak dibawak keluar dr dewan bedah,mak da sedar..bile smpi kat bilik,mak tnye 'bengkak kat muke mak ni da kecik blom??' Ya Allah,xtau cmne nk jawab soalan mak..naseb ade sepupu yg tlg jawab..mak cm sedih bile ckp bengkak 2 xdi buang...then,slowly aku explain kat mak...mak cm bole terima,tp tetap risau..mak tnye kat cousin aku yg keje kat wad kanser kat hkl, 'zabura,kemoterapi 2 sakit ke??'...oh mak...jgn risau mak....kami akn ade kat sisi mak..kami akn bagi sokongn utk mak...kami akn kongsi kesakitan mak...Ya Allah,kiranya Kau izinkan,aku sanggup tanggung kesakitan ibuku...aku sanggup kiranya kau gantikan aku ke tempat ibuku...xsanggup rasenye utk aku melihat ibuku yg terlantar di katil..dada ku rasa nak pecah menahan sebak dan tangisan...sembuhkan lah ibuku Ya Allah..hanya kepadaMu tempat ku memohon...

n kepada rakan2 blogger,ni ade info cket pasal penyakit LYMPHOMA ni...

Limfoma Hodgkin atau penyakit Hodgkin, ialah sejenis penyakit limfoma yang julung kali diperihalkan oleh Thomas Hodgkin pada tahun 1832. Secara klinikal, limfoma Hodgkin disifatkan melalui perebakan penyakit secara teratur dari satu kelompok nodus limfa ke satu lagi kelompok dan juga jadinya gejala sistematik jika penyakit parah. Mengikut patologi, penyakit ini disifatkan melalui kehadiran sel Reed-Sternberg (sel RS). Limfoma Hodgkin merupakan antara jenis penyakit barah terawal yang boleh dirawat melalui sinaran. Tidak lama kemudian, penyakit ini merupakan antara penyakit pertama yang diubati oleh kemoterapi gabungan. Kadar kemandirian pesakit biasanya mencapai kira-kira 90% jika penyakitnya dikesan cukup awal, maka menjadikannya antara jenis barah yang lebih mudah dirawati. Ujian-ujian terkini pula menghasilkan kadar kemandirian yang lebih tinggi berbanding apa yang pernah diperhatikan selama ini, iaitu setinggi 98% bagi pesakit peringkat terawal. Namun begitu, barah peringkat lewat pula masih menampakkan prognosis yang amat buruk. Kadar penyembuhan sepenuhnya bagi peringkat I dan II kira-kira 85 - 90%, sementara bagi peringkat III dan IV pula lebih kurang 80%.


lau nk bace dlm BI korg leh klik sini...xpon lau nk detail lagi,tgk sini..

btw,mak aku ni tanda2 awal die nk kena sakit ni 1st sekali pengeluaran air liur die sgt kurang..then,lame2 area bawah pipi die bengkak cket..lame2 bengkak 2 akn jadi besar sgt2...skng ni,if mak minum air sejuk,air 2 akn jadi suam..sbb bengkak 2 cm panas je...if korang d tanda2 ni,better g cek awl2..later,aku akn upload pic mak dlm ward..doakan mak aku cepat sembuh ye~

9/05/2010

masalah kelenjar air liur

7 comments:

da lame aku x update blog nih...

xde mase..sejak balik umh agk bz...

wat biskut raya,kemas umah...

lagi2 ngan mak aku yg sakit...

kelenjar air liur mak aku tersumbat...xtau sebab ape..last2 muke mak bengkak sebelah kiri..sangat2 besar..

n esok,mak aku akn di operate...kat hospital tawakal...skng pon aku ade kat hospital teman mak aku mlm ni..

doktor kate, operation 2 mybe akn makan mase sehari suntuk...risau sgt2...tp,aku kena kuat..kena bagi semangat kat mak..hope everything will be ok...semoga mak cpt sembuh...

kat sini aku nk bagitau cket pasal prob ngn kelenjar air liur ni...

SETIAP orang antara kita mempunyai sejumlah kelenjar air liur yang tidak terhitung banyaknya. Fungsi utama kelenjar-kelenjar tersebut adalah bagi menghasilkan dan mengeluarkan air liur yang amat penting untuk kegunaan dalam proses pemakanan, pencernaan, pertuturan, dan sebagainya.

Kelenjar-kelenjar air liur ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu kelenjar utama (major) dan kelenjar kecil (minor).

Kelenjar air liur major hanya terdiri daripada tiga iaitu kelenjar parotid, submandibular dan sublingual.

Kelenjar selain daripada ketiga-tiga ini dikenali sebagai kelenjar minor. Ia terdapat di merata-rata lokasi di sepanjang saluran pencernaan terutamanya di lelangit, farinks, lidah, bahagian dalam pipi dan bibir.

Kelenjar parotid merupakan kelenjar yang terbesar berbanding dengan dua yang lainnya (submandibular dan sublingual).

Setiap manusia normal mempunyai sepasang parotid iaitu di sebelah kiri dan kanan, setiap satunya seberat kira-kira 15 gram. Ia terletak di bahagian hadapan dan sedikit ke bawah dari telinga.

Air liur yang dihasilkan daripada kelenjar ini akan dirembeskan ke dalam rongga mulut melalui suatu saluran sepanjang kira-kira lima sentimeter.

Bukaan saluran ini terdapat di kawasan bertentangan dengan gigi geraham atas kedua, pada seseorang manusia.


Seperti mana juga organ atau struktur lain dalam badan, kelenjar parotid juga terdedah kepada beberapa bentuk keabnormalan.

Ia termasuklah keradangan (parotitis) yang boleh berpunca daripada jangkitan bakteria, virus atau kesan dehidrasi terutamanya dalam kalangan warga emas.

Jika keradangan yang berpunca daripada jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awal, ada kemungkinan nanah akan terbentuk di dalam kelenjar parotid. Apabila ia terbentuk, maka nanah itu perlu dikeluarkan.

Tidak kurang juga kes parotid yang membengkak itu merupakan kes yang berpunca daripada masalah ketumbuhan.

Namun begitu, 80 peratus daripada ketumbuhan parotid ialah ketumbuhan dari jenis bukan kanser (benign).

Bagi kes kanser parotid pula, biasanya pesakit akan datang dengan kebengkakan kelenjar ini yang semakin lama semakin membesar. Ia juga adakalanya sakit.

Kes-kes kelumpuhan saraf muka juga mungkin menunjukkan bahawa kanser tersebut telah sampai ke peringkat yang lebih teruk.

Selain daripada masalah struktur, parotid juga boleh bermasalah dari segi fungsinya. Ini termasuklah kegagalan parotid untuk menghasilkan air liur.

Biasanya, pesakit yang menjalani rawatan radioterapi untuk ketumbuhan lain berhampiran kawasan muka akan mengalami kegagalan fungsi parotid sekiranya alur radiasi itu terpaksa melalui kawasan kelenjar parotid.

Pesakit akan mengalami kekurangan air liur dan mungkin kekeringan bibir mulut dan rongga oral, serta mengalami rekahan pada tepi mulut.

Tidak kurang juga parotid yang tidak dapat mengeluarkan air liur disebabkan oleh salurannya yang tersumbat. Biasanya, ia disebabkan oleh batu kecil yang terbentuk di dalam salur tersebut.

Ada juga keadaan di mana saluran tersumbat ini disebabkan oleh fibrosis atau stricture yang terhasil daripada proses penyembuhan jangkitan waktu lampau.

Pesakit akan terasa sakit dan parotid sedikit membesar sewaktu makan. Ini kerana terdapat air liur yang dihasilkan tetapi tidak dapat dikeluarkan.


nak tau lebih lanjut pasal kelenjar air liur ni,boleh la tgk sini...

dan kpd rakan2 blogger,hope dpt doakan mak aku cpt sembuh n operation ni berjalan dgn lancar...amin~