Followers

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

11/02/2010

migraine ~

2 comments:


da dekat seminggu asek sakit kepala...

rasenye kawan baek aku, cik migraine yg chumel 2 saje nk dtg lawat aku kot...

tp kn, cm xkena masa je die nk dtg...

alahai cik migraine, jgn la dtg time2 aku nk exam ni... lau nk dtg pon, tunggu la aku abes final ni dlu...plizzzz...

kang x pasal2 aku xleh nk buat keje, xleh nk jalan bagai...

ko x kesian kat aku ke cik migraine??

tp kan, ape bende migraine ni sebenanrnye??


MIGRAINE


Migraine juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache. Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah
kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening , muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Gejala @ symptom2 migraine

  1. Sakit kepala yang berdenyut-denyut, lazimnya hanya berlaku pada sebelah kepala sahaja. Aku selalu diserang sakit kepala pada belah kiri..kadang2 belah kanan... sakit agak teruk, kadang-kadang terasa sakit di belakang biji mata atau di belakang kepala ataupun di bahagian tengkok. sampai kan aku kena urut sikit2 area kening aku untuk lega kan sakit. Selalunya kesakitan berpanjangan selama 6-48 jam.aku selalu kena berhari2 jugak la...
  2. Rasa mual dan kadang2 2 sampai muntah.
  3. Rasa sejuk, letih dan kebas-kebas kat sesetengah area badan.
  4. berpeluh-peluh
  5. Sensitif terhadap cahaya ataupun bunyi bising. if kena cahaya matahari @ lampu secara direct kat mata mmg time 2 akan rase cam nk pitam la.. Bunyi bising pun boleh sebabkan migraine bertambah teruk.


faktor2 terjadinya migraine

  1. Keturunan
  2. pemakanan - pengambilan makanan yg mengandungi MSG spt ajinamoto, cheese, coklat, alkohol, pengambilan caffein yg berlebihan terutama bagi penggemar kopi @ nescafe macam aku ni...hahaha..dll
  3. hormon - Turun naik hormon estrogen bagi wanita terutama jika paras estrogen yang tidak menentu turun naiknya, mengandung, haid, pil perancang, menopause
  4. cara hidup - Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga, terlebih @ terkurang masa tidur, Pemakanan yang tidak teratur, pengambilan ubat
  5. perubahan cuaca, Cuaca terang matahari atau lampu, Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.
  6. Stress dan tekanan emosi.


tips utk mengurangkan kesakitan dan mencegah migraine

  1. Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur.
  2. Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.
  3. kenakan benda yang sejuk spt beg berisi ais ke tempat yg sakit
  4. dapatkan tidur yg cukup.
  5. Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain..yg ni aku selalu buat..
  6. makan ubat spt yg diarahkan doktor
  7. Meminum banyak air agar badan tidak kering terutama jika terdapat muntah-muntah.
  8. last sx, berdoa kpd Allah mohon dikurangkan dan disembuhkan dari sakit ni...InsyaAllah...



gambar : pakcik google




9/05/2010

masalah kelenjar air liur

7 comments:

da lame aku x update blog nih...

xde mase..sejak balik umh agk bz...

wat biskut raya,kemas umah...

lagi2 ngan mak aku yg sakit...

kelenjar air liur mak aku tersumbat...xtau sebab ape..last2 muke mak bengkak sebelah kiri..sangat2 besar..

n esok,mak aku akn di operate...kat hospital tawakal...skng pon aku ade kat hospital teman mak aku mlm ni..

doktor kate, operation 2 mybe akn makan mase sehari suntuk...risau sgt2...tp,aku kena kuat..kena bagi semangat kat mak..hope everything will be ok...semoga mak cpt sembuh...

kat sini aku nk bagitau cket pasal prob ngn kelenjar air liur ni...

SETIAP orang antara kita mempunyai sejumlah kelenjar air liur yang tidak terhitung banyaknya. Fungsi utama kelenjar-kelenjar tersebut adalah bagi menghasilkan dan mengeluarkan air liur yang amat penting untuk kegunaan dalam proses pemakanan, pencernaan, pertuturan, dan sebagainya.

Kelenjar-kelenjar air liur ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu kelenjar utama (major) dan kelenjar kecil (minor).

Kelenjar air liur major hanya terdiri daripada tiga iaitu kelenjar parotid, submandibular dan sublingual.

Kelenjar selain daripada ketiga-tiga ini dikenali sebagai kelenjar minor. Ia terdapat di merata-rata lokasi di sepanjang saluran pencernaan terutamanya di lelangit, farinks, lidah, bahagian dalam pipi dan bibir.

Kelenjar parotid merupakan kelenjar yang terbesar berbanding dengan dua yang lainnya (submandibular dan sublingual).

Setiap manusia normal mempunyai sepasang parotid iaitu di sebelah kiri dan kanan, setiap satunya seberat kira-kira 15 gram. Ia terletak di bahagian hadapan dan sedikit ke bawah dari telinga.

Air liur yang dihasilkan daripada kelenjar ini akan dirembeskan ke dalam rongga mulut melalui suatu saluran sepanjang kira-kira lima sentimeter.

Bukaan saluran ini terdapat di kawasan bertentangan dengan gigi geraham atas kedua, pada seseorang manusia.


Seperti mana juga organ atau struktur lain dalam badan, kelenjar parotid juga terdedah kepada beberapa bentuk keabnormalan.

Ia termasuklah keradangan (parotitis) yang boleh berpunca daripada jangkitan bakteria, virus atau kesan dehidrasi terutamanya dalam kalangan warga emas.

Jika keradangan yang berpunca daripada jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awal, ada kemungkinan nanah akan terbentuk di dalam kelenjar parotid. Apabila ia terbentuk, maka nanah itu perlu dikeluarkan.

Tidak kurang juga kes parotid yang membengkak itu merupakan kes yang berpunca daripada masalah ketumbuhan.

Namun begitu, 80 peratus daripada ketumbuhan parotid ialah ketumbuhan dari jenis bukan kanser (benign).

Bagi kes kanser parotid pula, biasanya pesakit akan datang dengan kebengkakan kelenjar ini yang semakin lama semakin membesar. Ia juga adakalanya sakit.

Kes-kes kelumpuhan saraf muka juga mungkin menunjukkan bahawa kanser tersebut telah sampai ke peringkat yang lebih teruk.

Selain daripada masalah struktur, parotid juga boleh bermasalah dari segi fungsinya. Ini termasuklah kegagalan parotid untuk menghasilkan air liur.

Biasanya, pesakit yang menjalani rawatan radioterapi untuk ketumbuhan lain berhampiran kawasan muka akan mengalami kegagalan fungsi parotid sekiranya alur radiasi itu terpaksa melalui kawasan kelenjar parotid.

Pesakit akan mengalami kekurangan air liur dan mungkin kekeringan bibir mulut dan rongga oral, serta mengalami rekahan pada tepi mulut.

Tidak kurang juga parotid yang tidak dapat mengeluarkan air liur disebabkan oleh salurannya yang tersumbat. Biasanya, ia disebabkan oleh batu kecil yang terbentuk di dalam salur tersebut.

Ada juga keadaan di mana saluran tersumbat ini disebabkan oleh fibrosis atau stricture yang terhasil daripada proses penyembuhan jangkitan waktu lampau.

Pesakit akan terasa sakit dan parotid sedikit membesar sewaktu makan. Ini kerana terdapat air liur yang dihasilkan tetapi tidak dapat dikeluarkan.


nak tau lebih lanjut pasal kelenjar air liur ni,boleh la tgk sini...

dan kpd rakan2 blogger,hope dpt doakan mak aku cpt sembuh n operation ni berjalan dgn lancar...amin~