Followers

7/18/2013

Puasa Dan Sahur ~

No comments:


hai.. *lambai-lambai

sebulan lebih menghilangkan diri dan kini aku kembali...*okay ini poyo

bila big M muncul, maka sunyi sepi la sini...

namanya ketuk-ketuk keyboard hari-hari, tp kalau big M tu da control diri, apa pon tak jadi..muahaha

ehem, lari dari topik ni...

well, sekarang ni da masuk bulan Ramadhan...

maknanya, kita yang beragama Islam kena lah puasa...

tapi sebelum tu, SELAMAT BERPUASA semua... =)

bila nak puasa tu kena la bangun sahur kan...

dan juga berbuka puasa...

ingat, afdal lewatkan sahur dan cepatkan berbuka bila masuk waktu... =)

sebenarnya nak cerita satu je...

hari ni aku tak sahur...

bukan tak bangun atau malas bangun...

tapi ni dah bangun pastu pegi tido balik...

da tu kejap lagi mula la rasa ada org main gitar dalam perut ni...

PADAN MUKA AKU!!!




5/03/2013

Happy Birthday Puan Er :)

1 comment:

Hari ni birthday Cik Er...


Puan Er... (I curik pic dari fb u..hehe )


Eh kejap, mana boleh jadi Cik lagi... Puan Er okeh...

Awak da jadi bini orang so no more Cik... =D

Dia seorang teman yg baik...

Seorang teman yg aku kenal ketika mula2 melangkah ke alam pekerjaan...

Seorang pendengar yg setia...

Seorang yg suka bagi pendapat dan nasihat...

Seorang yg happy go lucky...

Seorang yg perasan muda dari saya...hehehe

So Puan Er, Happy Birthday...

Kita doakan Puan Er sentiasa happy dengan enciksenget...

Semoga Puan Er sentiasa dilimpahi dengan rahmat Allah dan kasih sayang semua orang...

Semoga cepat2 bergelar mama...

and maintain awet muda selalu oke...

Thanks for being such a wonderful friend utk kita time kat APEC dulu...

i love u so much... :)

nah kek utk Puan Er...





p/s - jgn nak termuntah tgk kata ganti nama diri tu tetibe jadi kita oke... tu mmg kitorg gune kat opis dulu..perasan budak2 sikit...ngeh3...:)



pic : fb Puan Er & uncle gugel

5/02/2013

Untuk Adik-adik

No comments:

Salam.

Tiba2 teringat adik aku cakap yg aku ni kuat bebel...

lagi2 membebel kat adik2 yg kecik sebab nak suruh diorang study...

style aku membebel pasal pelajaran sama je kat diorang...

'korang ni kenapa malas nak baca buku? kenapa malas study?'

'korang tak nak jadi pandai ke?'

'nanti da besar tak nak kerja elok2, beli rumah besar2, kereta besar2 ke?'

pastu mesti aku masukkan ayat bangga diri kejap...

'tengok Ya ni, dulu rajin belajar tau. Exam mesti dapat result best2'

'korang semua tak nak jadi pandai macam Ya ke?'

pastu adik aku akan balas, 'eleh Ya ni, belagak gila..tau la pandai'...

pergghhhh...

hahaha...bangga gila kan aku..mesti korang pun kata kau belagak plus show off kat adik2 aku kan...

actually, bukan niat dihati nak show off bagai...

tapi aku nak diorang rasa tercabar dengan apa yg aku cakap...

so that diorang pun boleh berjaya...

dan kejayaan tu semestinya akan buat parent kita happy walaupun dorang x penah mention...

aku selalu tunjuk kat budak2 kecik tu gambar2 kat bawah ni sebagai pemangkin semangat..hak3..

diulang..untuk tujuan pemangkin semangat oke..bukan utk show off... =D




ni time sekolah rendah & time dapat result UPSR

Anugerah Pencapaian Akademik Cemerlang Fakulti Kejuruteraan Awam 2011

Penerima Anugerah Pencapaian Akademik Cemerlang Fakulti Kejuruteraan Awam 2011
Majlis Penyampaian Anugerah Dekan Konvo UTM ke 47 oleh Dekan Fakulti


Konvo UTM ke 47

:)


Gambar2 ni mmg sebetulnya gambar yg aku gunakan utk adik2 aku belajar dengan lebih gigih lagi supaya diorang berjaya menjadi insan yg berguna satu hari nanti... :)


4/29/2013

Kerana PRU

No comments:


Salam.

Lagi 7 hari menjelang PRU13.

Manusia seagama bertelagah sesama sendiri bagi menegakkan pendirian mereka.

Manusia seagama bermusuhan bagi memenangkan pemimpin mereka.

Manusia seagama bermasam muka dengan pilihan lawan mereka.

Maka terkeluarlah segala kata, umpat keji, caci maki yg seakan telah sebati dengan jiwa.

Mana letaknya nilai agama yg diterapkan sedari kita kecil?

Mana hilangnya ajaran dan didikan guru serta ibu bapa?

Mana perginya kelebihan akal untuk berfikir sebelum bertindak?

Tidak malukah kalian dengan anak-anak kecil yg menjadi pemerhati?

Tidak takutkah kalian pabila perilaku ini mereka turuti?

Tidak gentarkah kalian dengan Dia yang sentiasa memerhati?

Tidak sedarkah kalian 'saham' yang mungkin ditambah setiap kali kalian memaki dan mengeji?

Kecewanya bila ada yang seperti menolak hukum Allah.

Kecewanya bila Islam itu ditakuti akan menjejaskan periuk nasi.

Kecewanya bila agama itu sendiri ditolak tepi.

Sungguh aku kecewa.




p/s- sesungguhnya rezeki itu bukan ditentukan oleh mana2 parti. Rezeki itu datang dari Dia. Berfikirlah sebijak-bijaknya norman KRU sebelum berkata2...

4/27/2013

Cuti, Ayah & PRU

No comments:
 
tadi tengah duk membizikan diri depan laptop, tetibe ayah masuk bilik...

sambil duduk kat katil ayah tanya...

"balik x minggu depan??"

sambil mata kat skrin laptop aku jawab, " entah, tak tau lagi"...

ayah tanya lagi, " aik, tak kan tak balik kot? nak mengundi kan minggu depan.."

err...lupa pulak kan...

lepas tu ayah siap pesan, "isnin tu apply cuti siap2..kang takde la kelam kabut nak balik KL petang tu jugak.."

aku ape lagi, terus ckp , " OK BOSS!!!"

ayah aku ni paling tak suka anak dia ambik cuti...

kalau ambik cuti takde sebab yg kukuh memang kena dengar ceramah la...

ni bila ayah siap pesan awal2, memang isnin depan terus apply cuti la..hehehe

sayang ayah... =D


Happy Birthday To You ~

No comments:


Dear Sister, NurDiyana Abdul Aziz

Happy 20th Birthday...

Have a great birthday...

Semoga sentiasa mendapat keberkatan dalam apa jua yg dikerjakan...

Semoga sentiasa berada di bawah naungan payung rahmat Allah...

Semoga sentiasa diberi kesihatan yg baik dan kehidupan yg bahagia...

Semoga menjadi anak yg terbaik utk Ma & Wapa...

Semoga menjadi adik yg baik utk kakak2...

dan semoga menjadi kakak yg berguna utk adik2...


ruks, me & birthday girl during hari raya...:)


p/s - i'll always protect u

4/26/2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

2 comments:


okay, rasanya semua orang tau kot yg hari ni da start PBAKL 2013...

bertempat di PWTC..

memandangkan hari ni hari Jumaat, which mean rehat dari pukul 12.15tgh hari - 2.45 pm...

maka, aku gagahkan diri pergi meredah lautan manusia ke sana...

bertemankan cik masya, rakan seangkatan dari zaman universiti sampai ke skng...

sampai2 je terus menuju ke Booth HA21 - HA23 iaitu Booth Jemari Seni...

haruslah pergi sana sebab nak dapatkan buku Anthem, karya HLOVATE yg mula dijual hari ni...

sapa2 yg beli kat sini dapat 20% off...

dan aku juga beli buku Hlovatinta macam yg aku pernah post sebelum ni...

dan juga buku2 lain yg da hilang tu..hahaha

bila sebut ada karya HLOVATE yg baru, mmg panas la booth tu...

susun je buku Anthem tu, kejap je da habis...

yg beratur nak bayar punya la ramai... berbaris sampai keluar dewan Tun Hussein Onn tu...

pape pon aku happy sgt da dapat buku ni...balik rumah da boleh start baca... :)


semua org beratur nak bayar...

yg mana satu saya?

spotted!!! banyaknye buku...erk!!
Anthem & Hlovatinta by HLOVATE


4/25/2013

Mengidam

No comments:

Tetibe teringin nak makan kek...

Craving for RV pulak dah...

Gaya org preggy jek nak teringin bagai kan... (*_*)

Kalau nak beli mahal bebenor...

Satu RV cuppies pn da mau dekat 7, 8 hengget...

Nak membaking balik rumah nanti malas...

So, layan gambar time baking ritu...

Red Velvet ngan Rainbow Cake by miss inge'nieur...











4/23/2013

Buku ~

No comments:

Hari ni 23 April merupakan HARI BUKU DAN HARI HAK CIPTA SEDUNIA...

sebut pasal buku ni, mesti ramai yg suka membaca kan...


aku? mesti lah termasuk dalam kategori yg suka membaca terutamanya karya2 HLOVATE...


sekarang sebut je name HLOVATE semua org tau...


aku mula kenal karya2 HLOVATE masa tahun 2005...


time tu karya2 HLOVATE masih dalam version e-novel kat blog beliau...dan rasanya waktu tu HLOVATE hanya dikenali oleh pembaca2 setia karya beliau kat blog tu je..bukan macam skng ni...:)


selalu je jadi silent reader setiap kali beliau update entri yg baru2...


masa tu jugak aku da jatuh hati kat hlovate semua karya2 beliau...


so, bila keluar kat versi cetak, aku x jemu baca..berulang kali aku baca sampai ada org tanya aku, x bosan ke baca cerita yg sama je..jawapan aku semestinya TAK BOSAN...

gaya bahasa HLOVATE yg agak santai dan aku rasa ringan utk kepala aku terima..plus cerita yg lain dari lain dan banyak unsur2 islamik dia...teguran kepada pembaca secara halus..aku mmg salute dgn gaya penulisan dia...

aku da ada semua koleksi novel HLOVATE ni yg kat bawah ni..yg nak keluar bulan ni aku akan beli jugak..


dari GT_i trilogy yang sekarang da diubah nama bila terbit buku ke Aa+Bb yang mengisahkan pasal Addin, Benz, Kucai, Fisha, Kurt dan kawan2 lain ke novel TUNAS yang mengisahkan pasal Mags 7 iaitu cerita time Addin kat Kolej Tunas..tp novel ni lebih menceritakan dari sudut geng Mags 7 tu sendiri... 






















aku sedih sebab novel Aa+Bb ni hilang 2 bulan lepas waktu aku bawak g outstation ke terengganu ritu..maybe tertinggal kat hotel..xpe, nanti beli balik... =(


then, ade novel 5 Tahun 5 Bulan..cerita pasal seorang Ana, Juan, atau Jo dengan Along yg Serbia juga peach cobbler... =D



Pastu Schubert Serenade yang dimuatkan dalam novel gabungan 3 org penulis, Gurindam Jiwa.. cerita pasal seorang Ju'a dan Abg Shah dia...




cerita pasal seorang Ed Sassin atau Minn Edina dan AO atau Ashraf Omar dalam Versus.. serius, aku jatuh cinta kat dua2 org dalam watak ni...


jugak cerita pasal Ked, si abang kepada Minn..cerita tentang Ked, Nawal, Hadiah, Mamat Romeo, A Lady, Florida-Virginia..tapi dalam versi cetak, cerita pasal Ked's Story ni ada dalam novel Pelangi. novel yg juga gabungan 3 org penulis...





Creep~StreetSymphony yang jadi cerita contengan jalanan..yg memuatkan cerita K2 dan Fend...novel die ade 2 part..baca yg Fend dlu baru baca yg K2...






juga rooftop rant yang mengisahkan pasal Trisy dan Jade...




lepas ni keluar pulak Anthem dalam versi cetak..da bole start beli kat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 atau beli secara online kat sini...





dan juga nak dapatkan koleksi kata-kata motivasi daripada karya2 HLOVATE ni...




p/s - aku tetap suka karya Hlovate walaupun beliau rahsiakan pasal diri beliau daripada peminat2 dia..terima beliau seadanya... :)

4/22/2013

Bendera, PRU punca pergaduhan?

No comments:


memandangkan sekarang ni da musim PRU13,

kita boleh tgk kat merata2 tempat penuh ngan bendera dan banner...


ada gamnar dacing, ade gambar roket, ade gambar bulan dan juga gambar mata...


setakat ni aku x nampak lagi gambar payung, katak dll...


tapi biasalah kan, ada org suka yg dacing, ade org suka yg bulan, mata dan roket...


bila masing2 ada pilihan lain2, kadang2 sampai gaduh...


sampaikan ada yg report polis disebabkan tak puas hati dengan banner dan kain rentang yg dipasang oleh pihak lain...


tu belum bab gaduh mulut, maki memaki dlm facebook...


sedih bila tgk org Islam macam ni...


kalau yg ada pertalian darah yg gaduh sesama sendiri lagi sedih...


walau apa pn pilihan anda, anda, anda dan saya...


ingatlah, hubungan korang tu yg penting...


pilihan itu ikut masing2, tapi persaudaraan sesama muslim, ikatan darah yg mengalir dalam tubuh tu xkan dapat diputuskan...


buat keputusan yg bijak, jgn kerana bendera2 dan banner2 ini anda semua berantakan sesama sendiri...


ingat, ada makhluk bertanduk yg tepuk tangan bila tgk org Islam ni bergaduh dan maki memaki sesama sendiri...



dan, jaga la kelakuan, percakapan dan jari anda yg menaip tu...setiap apa yg dilakukan, semuanya dicatit dan akan dihitung di SANA...



Peace no war =D


Berhati-hati bila beli Al-Quran ~

1 comment:


Disember tahun lepas (which mean 4 bulan lepas) aku ada beli Al-Quran...

Al-Quran ni kecik and comel je...

Specialnya Al-Quran ni sebab edisi khas untuk gegurl... =D


 Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita dengan Tajwid.



Selalunya kalau kita beli barang, mesti kita cek betul2 kan...

Kalau beli baju, kita siap cek jahitan, butang baju semua...

Kalau beli tudung siap kita try pakai nak tgk cun kemas ke tak kan...

Tapi, silapnya aku sebab time beli Al-Quran ni, aku x cek betul2...

Beli pn online je kan..

Bila baca dari awal, takde pape masalah...

Nak dijadikan cerita, khamis lepas baca Yasin guna la Al-Quran ni...

Sebelum2 ni baca Yasin guna buku Yasin tu je...

Tengah2 baca tiba2 perasan ade huruf2 yg macam double printed, bertindih dan agak sukar nak baca...

yg kaler tu tajwid tp jd bertindih, double printed


Bila da selesai baca, selak2 la satu2 muka surat dalam Al-Quran tu...

Rupanya lebih 20 muka surat yg jadi macam tu...

Terus contact seller dia, dan alhamdulillah, beliau kata boleh tukar walaupun da beli Al-Quran tu lama...

Syukur sebab ada seller yg baik macam tu..

Yela, barang lain kalau nk tukar paling lama pn biasanya seminggu je dari tarikh beli tu...

Tapi disebabkan yg ni Al-Quran, so dapat juga tukar...

Tq akak seller ye...

Moral of the story, lepas ni kalau membeli Al-Quran, semak lah betul2 setiap page tu...

Sebab kalau ada silap, kita baca pn da jadi x betul maknanya...

Be careful guys...



P/s ----  Selalu2 la baca Al-Quran ye lepas solat...


4/19/2013

Janji Tinggal Janji

No comments:

Dear enche blog,


Di sini aku menyusun 10 jari kaki dan 10 jari tangan, memohon maaf pada kamu...


Maafkan aku kerana tidak menunaikan janji aku 7 bulan yang lalu...

Maafkan aku kerana telah meninggal dunia kan kamu tanpa sebarang khabar berita...


Maafkan aku kerana tidak menjenguk kamu walaupun aku berada di depan PC hari2...


Bukan kerana tidak sempat untuk menjengah atau menulis...


Tapi virus M yang melanda menyebabkan kita putus cinta hubungan selama ini...


Maafkan aku enche blog...


Hari ni aku tak nak janji lagi, tapi aku akan cuba untuk mengembalikan sinar kamu semula...


Terlalu banyak yang aku nak kongsikan dengan kamu selepas ini...


So, please wait & see ye enche blog...




Love,
Cik Sha =)