Followers

Showing posts with label PRU. Show all posts
Showing posts with label PRU. Show all posts

4/29/2013

Kerana PRU

No comments:


Salam.

Lagi 7 hari menjelang PRU13.

Manusia seagama bertelagah sesama sendiri bagi menegakkan pendirian mereka.

Manusia seagama bermusuhan bagi memenangkan pemimpin mereka.

Manusia seagama bermasam muka dengan pilihan lawan mereka.

Maka terkeluarlah segala kata, umpat keji, caci maki yg seakan telah sebati dengan jiwa.

Mana letaknya nilai agama yg diterapkan sedari kita kecil?

Mana hilangnya ajaran dan didikan guru serta ibu bapa?

Mana perginya kelebihan akal untuk berfikir sebelum bertindak?

Tidak malukah kalian dengan anak-anak kecil yg menjadi pemerhati?

Tidak takutkah kalian pabila perilaku ini mereka turuti?

Tidak gentarkah kalian dengan Dia yang sentiasa memerhati?

Tidak sedarkah kalian 'saham' yang mungkin ditambah setiap kali kalian memaki dan mengeji?

Kecewanya bila ada yang seperti menolak hukum Allah.

Kecewanya bila Islam itu ditakuti akan menjejaskan periuk nasi.

Kecewanya bila agama itu sendiri ditolak tepi.

Sungguh aku kecewa.




p/s- sesungguhnya rezeki itu bukan ditentukan oleh mana2 parti. Rezeki itu datang dari Dia. Berfikirlah sebijak-bijaknya norman KRU sebelum berkata2...

4/27/2013

Cuti, Ayah & PRU

No comments:
 
tadi tengah duk membizikan diri depan laptop, tetibe ayah masuk bilik...

sambil duduk kat katil ayah tanya...

"balik x minggu depan??"

sambil mata kat skrin laptop aku jawab, " entah, tak tau lagi"...

ayah tanya lagi, " aik, tak kan tak balik kot? nak mengundi kan minggu depan.."

err...lupa pulak kan...

lepas tu ayah siap pesan, "isnin tu apply cuti siap2..kang takde la kelam kabut nak balik KL petang tu jugak.."

aku ape lagi, terus ckp , " OK BOSS!!!"

ayah aku ni paling tak suka anak dia ambik cuti...

kalau ambik cuti takde sebab yg kukuh memang kena dengar ceramah la...

ni bila ayah siap pesan awal2, memang isnin depan terus apply cuti la..hehehe

sayang ayah... =D